CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024 : CHECK ONLINE SEKARANG

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024 : CHECK ONLINE SEKARANG

Pastinya ahli pencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) menantikan kadar peratusan dividen bagi tahun 2023. Pihak media tempatan telah melaporkan KWSP telah mengumumkan tarikh rasmi bagi pengumuman dividen tersebut bagi tahun 2023.

Bagaimanakah cara semak dividen kwsp? Ikuti penerangan lebih terperinci di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM500 B40 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU DIVIDEN KWSP

Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu. Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

KADAR DIVIDEN KWSP 2024

Penganalisis menjangkakan KWSP akan mengumumkan dividen pada kadar 5.50% sehingga 6.50% bagi tahun 2023, lebih baik berbanding dividen yang diberikan pada 2022. Namun, kadar dividen KWSP pada tahun 2023 adalah sebanyak 5.50% sahaja.

KWSP mengumumkan kadar dividen 5.50% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM50.33 bilion dan 5.40% untuk Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM7.48 billion, menjadikan keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

TARIKH KREDIT DIVIDEN KWSP 2024

Terkini bagi tahun 2024 pula, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadualkan mengumumkan dividen bagi 2023 pada Ahad, 3 Mac 2024. Dalam satu notis sidang akhbar, KWSP berkata pengumuman itu akan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn.

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024

Ikuti cara semak dividen akaun KWSP anda seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
  2. Kemudian, klik pada ikon [Login] di halaman utama KWSP.
  3. Masukkan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  4. Seterusnya, klik butang [Login].
  5. Klik pada [View Details] di bahagian menu Dividend.
  6. Perincian Dividen tahun 2023 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Nota : Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Laman pertanyaan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment