SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Oleh kerana ada sesetengah harga barangan keperluan asas yang telah naik, Kerajaan yakin dengan memberikan inisiatif bantuan barangan keperluan asas dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akan kenaikkan harga barangan tersebut.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan barangan keperluan asas b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

NILAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 2024

Setiap penerima akan menerima nilai yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN
Isi rumah berkeluarga /
Ibubapa tunggal yang
mempunyai anak.
RM1,200 setahun
Warga emas bujang
yang tiada pasangan
RM1,200 setahun
Bujang / Balu / Janda /
Duda yang tidak
mempunyai anak.
RM600 setahun
*Akan disalurkan setiap bulan selama tempoh setahun.

SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 2024

Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang diluluskan :

BIL.SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
1.Beras
2.Roti
3.Telur
4.Minyak masak
5.Tepung
6.Biskut
7.Mi segera
8.Minuman
9.Makanan dalam tin
10.Bahan perasa
11.Produk kebersihan
12.Ubat-ubatan
13.Barangan persekolahan

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan ini :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS B40 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila pada pautan portal rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment