BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Penambahbaikan pemberian bantuan tunai ke dalam Mykad antaranya ialah peruntukan telah ditambah iaitu akan disalurkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan berbanding tahun lepas hanya disalurkan selama 6 bulan sahaja. Oleh itu, penerima akan menerima bantuan ini setiap bulan selama 1 tahun.

Bagaimanakah semakan bantuan 100 setiap bulan mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG

JADUAL BAYARAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD

Setiap bulan, penerima yang layak akan menerima bantuan tunai RM100 di dalam MyKad mengikut tarikh seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH
22.01.2024RM100
01.02.2024RM100
01.03.2024RM100
01.04.2024RM100
01.05.2024RM100
01.06.2024RM100
01.07.2024RM100
01.08.2024RM100
01.09.2024RM100
01.10.2024RM100
01.11.2024RM100
01.12.2024RM100

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD

Berikut merupakan cara-cara menggunakan bantuan RM100 dalam MyKad :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.)
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA YANG LAYAK

Penerima yang layak akan menerima makluman mengikut kaedah seperti berikut :

  1. Surat makluman :
    • Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Sistem SMS :
    • Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
  3. Semakan terus melalui portal rasmi :

BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024

Ikuti cara semakan melalui portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila pada pautan portal rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment