SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAPUR B40 2024 : CHECK SEKARANG
Rakyat daripada golongan yang berpendapatan rendah (B40) pastinya rasa terkesan akan harga barangan keperluan asas dapur yang saban hari semakin naik. Oleh itu, Kerajaan memberi peruntukan subsidi bersasar dalam penyaluran bantuan barangan keperluan dapur kepada yang memerlukan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan barangan keperluan dapur b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RM1200 MYKAD : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG
AMAUN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAPUR B40 2024
Setiap penerima akan menerima amaun yang berbeza mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Miskin Tegar :
ISI RUMAH BERKELUARGA | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 setahun | RM1,200 setahun | RM600 setahun |
- Kategori Miskin Sederhana :
ISI RUMAH BERKELUARGA | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM1,200 setahun | RM1,200 setahun | RM600 setahun |
- Kategori Asas Bukan Miskin :
ISI RUMAH BERKELUARGA | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM300 setahun | RM150 setahun | RM150 setahun |
SENARAI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAPUR B40 2024
Berikut merupakan senarai barangan keperluan dapur yang diluluskan untuk pembelian dengan bantuan :
BIL. | SENARAI BARANGAN | JENAMA YANG DILULUSKAN |
---|---|---|
1. | Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
2. | Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White. |
3. | Telur | Nutriplus / QL eggs / CP. |
4. | Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit. |
5. | Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey. |
6. | Biskut | Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng. |
7. | Mi segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap. |
8. | Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf. |
9. | Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup. |
10. | Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta. |
KAEDAH PEMBELIAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAPUR B40 2024
Penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan dapur mengikut kaedah seperti berikut :
- Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima.
- Kemudian, penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.)
- Seterusnya, sila pilih barangan dapur berdasarkan 10 kategori produk yang tersenarai di atas.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan kad pengenalan dan penerima perlu memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAPUR B40 2024
Untuk semakan nama penerima yang layak menerima bantuan barangan keperluan dapur mestilah disemak melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.