SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

BINGKAS diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang memperuntukan untuk 30,000 buah keluarga di Selangor. Bantuan BINGKAS disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan ke dalam aplikasi e-Wallet untuk pembelian barang dapur bertujuan untuk menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan bingkas untuk beli barang dapur 300 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 RM500 : SEMAK SEKARANG

MANFAAT PENERIMA BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan manfaat daripada Bantuan BINGKAS kepada penerima :

  • E-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya yang berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (scan e-Wallet);
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI BINGKAS BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan senarai barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan BINGKAS :

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Ubat-ubatan
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  13. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)

*Selain barang dapur, penerima juga boleh menggunakan bantuan BINGKAS untuk membeli sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci, lampin pakai buang (Bayi / dewasa), barangan persekolahan dan perihal pendidikan.

SENARAI KEDAI BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024

Sila semak senarai kedai yang terpilih di bawah Bantuan BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.

LANGKAH PEMBELIAN BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024

Berikut merupakan langkah pembelian barang dapur dengan menggunakan Bantuan BINGKAS yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet seperti di bawah :

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY pilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024

Sekiranya anda telah berdaftar dengan Bantuan BINGKAS, anda boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Untuk semakan, klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.bingkasselangor.com/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BINGKAS UNTUK BELI BARANG DAPUR 300 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment