SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG RM600 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Golongan bujang juga mendapat peruntukan bantuan daripada Kerajaan itu sebanyak RM600 sepanjang tahun ini. Bantuan ini disalurkan adalah sebagai bantuan tambahan kepada golongan bujang yang berpendapatan rendah atau tiada pendapatan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan bujang rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN BUJANG RM600 2024
Pengrkreditan bantuan bujang akan dikreditkan mengikut tarikh seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN |
---|---|
SABAH DAN SARAWAK | 19/02/2024 dan 12/08/2024 |
PERAK, KEDAH, P.PINANG, PERLIS, PAHANG, KELANTAN, TERENGGANU, MELAKA, N. SEMBILAN, JOHOR, SELANGOR DAN K. LUMPUR | 22/01/2024 01/02/2024 01/03/2024 01/04/2024 01/05/2024 01/06/2024 01/07/2024 01/08/2024 01/09/2024 01/10/2024 01/11/2024 01/12/2024 |
KADAR KREDIT BANTUAN BUJANG 2024
Pengkreditan bantuan bujang adalah secara berperingkat seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KADAR KREDIT BANTUAN |
---|---|
SABAH DAN SARAWAK | RM300 (dua kali setahun) = RM600 |
PERAK, KEDAH, P.PINANG, PERLIS, PAHANG, KELANTAN, TERENGGANU, MELAKA, N. SEMBILAN, JOHOR, SELANGOR DAN K. LUMPUR | RM50 (selama 12 bulan) = RM600 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUJANG RM600 2024
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima bantuan bujang bagi tahun 2024 :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Bujang OKU / Balu / Duda / Janda yang tiada anak;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sebagai Kategori Bujang.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG RM600 2024
Bagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan bujang bagi tahun 2024 di pautan rasmi berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan bantuan di sini :https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Bujang (MySara). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari :https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.