SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

BINGKAS atau rasminya Bantuan Kehidupan Sejahtera yang merupakan sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2021 dan masih meneruskan pemberian bantuan sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN BUJANG RM600 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan kaedah pelaksaan bantuan RM300 setiap bulan adalah melalui aplikasi e-Dompet ‘SELANGKAH’ di dalam telefon bimbit penerima bagi memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya untuk transaksi pembelian tanpa tunai (cashless).

TARIKH KREDIT BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan Negeri Selangor akan mengkreditkan sebanyak RM300 ke dalam aplikasi e-Dompet ‘SELANGKAH’ penerima yang telah mendaftar mengikut tarikh kelulusan permohonan yang ditetapkan dan penerima akan menerimanya secara automatik setiap bulan.

KADAR PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Peruntukan bantuan ini adalah sebanyak RM108 juta setahun kepada 30,000 penerima setiap tahun yang memenuhi kriterian kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan RM300 setiap bulan yang disalurkan sepanjang 12 bulan bersamaan RM3,600 setahun.

FAEDAH BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan faedah bantuan ini kepada penerima :

  1. Bantuan tunai dikreditkan ke dalam aplikasi e-Dompet bagi memudahkan penerima menggunakannya;
  2. Menggalakan penerima untuk membuat transaksi pembelian tanpa tunai (cashless);
  3. Had pembelian setiap bulan RM300 dan sehingga RM3,600 setahun;
  4. Dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan; dan
  5. Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Untuk, semakan nama penerima yang layak, pemohon boleh membuat semakan pada pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini :https://www.bingkasselangor.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment