SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD B40 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Taraf ekonomi rakyat terutamanya kumpulan sasar B40 yang berpendapatan rendah amat diberi perhatian oleh kerajaan. Justeru, pelbagai bantuan yang diperuntukan adalah diberi keutamaan kepada B40 termasuk inisiatif bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad yang khusus kepada kumpulan B40.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam mykad b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JUN : CHECK SEKARANG
KADAR JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD B40 2024
Setiap penerima akan menerima kadar jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
- Kategori pendapatan bawah RM2,500 :
KATEGORI PENERIMA | KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 |
WARGA EMAS | RM1,200 |
BUJANG | RM600 |
- Kategori pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
KATEGORI PENERIMA | KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM300 |
WARGA EMAS | RM150 |
BUJANG | RM150 |
PROSES PELAKSANAAN BANTUAN DALAM MYKAD B40 2024
Berikut merupakan proses pelaksanaan bantuan dalam Mykad penerima :
- Pemohon perlu mendaftar dan disahkan lulus oleh Kerajaan;
- Kemudian, akaun akan dibuka berdasarkan ‘Nombor MyKad’ pemohon;
- Pemohon akan menerima elaun bulanan melalui MyKad;
- Kemudian, perlu mengunjungi Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian pembayaran menggunakan MyKad.
- Penerima akan diberi keterangan cara penggunaan bantuan dalam Mykad.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD B40 2024
Khusus kepada B40 yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkahwin atau bujang;
- Pendapatan bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD B40 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan dalam Mykad di pautan berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Penerima Bantuan Dalam MyKad | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di atas.
- Pada halaman semakan tersebut, klik pada ruang [No. MyKad].
- Masukkan nombor MyKad pemohon tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.