SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 RM300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 RM300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Proses pengkreditan bantuan eTunai melalui aplikasi terpilih dapat memudahkan Kerajaan untuk menyalurkan bantuan serta dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya untuk pelbagai transaksi. Inisiatif ini adalah diperkenalkan sejak tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan etunai b40 rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH APRIL : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 2024

Setiap tahun, Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukan sebanyak 108 juta ringgit khas untuk disalurkan kepada 30,000 golongan B40 yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan setiap individu akan menerima RM300 sebulan sepanjang 12 bulan yang bersamaan RM3,600 setahun.

APLIKASI PENYALURAN BANTUAN ETUNAI B40 RM300 2024

Kerajaan akan menyaluran bantuan eTunai kepada golongan B40 melalui aplikasi seperti berikut :

PERKARANAMA
Penyaluran Bantuan eTunai RM300Aplikasi e-Wallet SELANGKAH

KEGUNAAN BANTUAN ETUNAI B40 RM300 2024

Bantuan eTunai yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan ke dalam aplikasi e-Wallet SELANGKAH hanya boleh digunakan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sebanyak RM300 di mana-mana kedai yang terpilih dan berdaftar dengan bantuan ini.

Penerima hanya boleh membeli mengikut kategori barangan yang diluluskan sahaja dan perlu mengikut amaun yang ditetapkan setiap bulan. Penerima tidak dibenarkan untuk membuat transaksi pindahan wang ataupun pengeluaran tunai kerana hanya perlu membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) sahaja.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 2024

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh daripada bantuan ini :

  1. Setiap bulan Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
  2. Baki yang tidak dihabiskan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  3. Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan keperluan asas.
  4. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 RM300 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan eTunai yang bernilai RM300 pada pautan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment