SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 BULAN RAMADHAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 BULAN RAMADHAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Di awal bulan Ramadhan ini pelbagai inisiatif pemberian bantuan tunai mahupun bukan tunai daripada Kerajaan. Sejajar dengan itu, inisiatif bantuan tunai melalui aplikasi e-Wallet disalurkan sebanyak RM300 khas kepada yang rakyat Malaysia khususnya beragama Islam yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ewallet 300 bulan ramadhan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI : CHECK STATUS SEKARANG

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 BULAN RAMADHAN

Berikut merupakan beberapa kelebihan yang penerima bakal peroleh daripada bantuan ini :

  1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas untuk bulan Ramadhan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET 300 BULAN RAMADHAN 2024

Berikut merupakan cara-cara menggunakan bantuan dalam aplikasi e-Wallet :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 BULAN RAMADHAN 2024

Berikut adalah kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET 300 BULAN RAMADHAN 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima Bantuan e-Wallet di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment