SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : CHECK STATUS SEKARANG
Inisiatif Bantuan tanpa tunai dan tunai akan disalurkan kepada rakyat yang merupakan golongan yang berpendapatan rendah (B40) untuk membantu meneruskan kelangsungan kehidupan dalam peningkatan kos sara hidup yang tidak menentu.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ewallet b40? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS SARA ONE OFF (RM300 & RM150 2024)
CARA PENERIMAAN BANTUAN B40 RM300
Terdapat dua (2) inisiatif bantuan untuk golongan B40 yang berjumlah RM300 yang akan disalurkan melalui cara penerimaan yang berbeza :
- Diberikan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun e-Wallet;
- Diberikan secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN B40 RM300
Penerimaan Bantuan kepada golongan B40 yang bernilai RM300 melalui dua (2) cara dan pada tarikh yang berbeza seperti berikut :
- Penerimaan Bantuan RM300 melalui e-Wallet adalah pada 5 Disember 2024;
- Penerimaan Bantuan RM300 melalui akaun bank adalah pada 9 Disember 2024.
JUMLAH PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300
Seramai lebih 30,000 ribu rakyat yang merupakan penduduk di Selangor akan menerima Bantuan RM300 melalui akaun e-Wallet dan seramai lebih 3.5 juta rakyat di seluruh Malaysia akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300
- Panduan Semakan Nama Penerima Bantuan e-Wallet RM300 :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Nama Penerima Bantuan Tunai RM300 :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS & SARA. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
SAYA TAK ADA AKAUN BANK DAN HANYA ADA MY CARD SAHAJA.