SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Inisiatif penyaluran bantuan melalui aplikasi e-Wallet diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan memudahkan penerima bantuan untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai yang berdaftar dengan bantuan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ewallet rm300 untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSTR RM3700 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan bantuan e-Wallet RM300 :

  1. KEPERLUAN ASAS DAPUR :
    • Beras.
    • Mi dan Bihun.
    • Roti.
    • Biskut.
    • Telur.
    • Gula dan garam.
    • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
    • Tepung.
    • Minyak masak.
    • Ubat-ubatan.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
    • Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  2. KEPERLUAN ASAS LAIN :
    • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
    • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  3. KEPERLUAN ASAS PENDIDIKAN :
    • Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
    • Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300

Berikut merupakan kelebihan yang bakal diperoleh penerima daripada bantuan ini :

  • Bantuan e-Wallet BINGKAS boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless).
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN EWALLET RM300 2024

Penerima boleh menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam aplikasi e-Wallet seperti cara-cara berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di atas).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Sekiranya anda telah berdaftar, anda boleh membuat semakan seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN BANTUAN EWALLET RM300
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Untuk semakan, sila klik pada pautan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment