SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG

Tujuan kerajaan MADANI memperuntukan pelbagai bantuan kepada rakyat adalah untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan terkesan akan gelumang kos ekonomi yang semakin tinggi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan kerajaan terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 TERBARU : SEMAK SEKARANG

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024 TERBARU

Terdapat pelbagai bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan dan berikut merupakan antara bantuan tunai yang akan disalurkan kepada penerima terbaru :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Kerajaan telah membuka permohonan bantuan ini sepanjang tahun untuk lebih ramai rakyat yang dapat menerima manfaat bantuan ini. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa.
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Manakala, bantuan ini pula Kerajaan telah memperuntukan lima kali ganda berbanding tahun sebelum ini. Bantuan ini akan disalurkan mengikut kaedah yang ditetapkan setiap negeri penerima.

AMAUN BANTUAN KERAJAAN 2024 TERBARU

Setiap penerima akan menerima amaun bantuan yang berbeza oleh Kerajaan mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • BUJANG / IBUBAPA TUNGGAL YANG TIADA ANAK :
AMAUN BANTUAN
RM350 + RM150 (Asas Bukan Miskin) ATAU
RM350 + RM600 (Miskin / Miskin Tegar)
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN :
AMAUN BANTUAN
RM600 + RM150 (Asas Bukan Miskin) ATAU
RM600 + RM1,200 (Miskin / Miskin Tegar)
  • ISI RUMAH YANG MEMPUNYAI ANAK / TIADA ANAK :
KATEGORI ISI RUMAHAMAUN BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada Anak :
RM1,000 + RM300 (Asas) / RM1,200 (Miskin).
1 – 2 Anak :
RM1,500 + RM300 (Asas) / RM1,200 (Miskin).
3 – 4 Anak :
RM2,000 + RM300 (Asas) / RM1,200 (Miskin).
5 Anak Ke atas :
RM2,500 + RM300 (Asas) / RM1,200 (Miskin).
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak :
RM500 + RM300.
1 – 2 Anak :
RM750 + RM300.
3 – 4 Anak :
RM1,000 + RM300.
5 Anak Ke atas :
RM1,250 + RM300.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KERAJAAN 2024 TERBARU

Kerajaan akan membayar bantuan kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN 2024
Sumbangan Tunai RahmahSecara Berperingkat dan berfasa sepert :
Fasa 1 : Februari 2024,
2 : April 2024,
3 : Ogos 2024,
4 : November 2024.
Sumbangan Asas RahmahPenerima di Semenanjung Malaysia :
Setiap bulan (Januari hingga Disember 2024) /
Penerima di Sabah dan Sarawak :
Dua kali setahun (Februari dan Ogos 2024)

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2024 TERBARU

Ikuti semakan nama penerima yang layak menerima bantuan Kerajaan bagi tahun 2024 :

  1. Sila klik pada pautan laman rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM dan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment