SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 2024 : CHECK SEKARANG
Insentif pemberian Bantuan Khas Aidilfitri ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Penerima yang layak akan mula menerima bantuan ini pada hari ini sebanyak RM500 atau RM250 mengikut kelayakan penerima.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan khas aidilfitri rm500? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR FASA 2 : CHECK PENERIMA SEKARANG
TARIKH PENYALURAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 2024
Bantuan Khas Aidilfitri akan disalurkan kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH PENYALURAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI |
---|
Bermula 5 April 2024 (Jumaat) |
KADAR BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Penerima akan menerima bantuan khas Aidilfitri mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Termasuk Lantikan Kontrak | RM500 |
Pesara Kerajaan Termasuk Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen | RM250 |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 2024
Penerima Bantuan Khas Aidilfitri adalah terdiri daripada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service2 dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 5 April 2024.
Turut dipanjangkan dengan kadar RM250 kepada pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut umur persaraan wajib, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
- Bantuan Khas Aidilfitri turut layak diberi kepada :
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
- Pegawai yang bercuti separuh gaji;
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji ; dan
- Pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
- Guru interim;
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Berita terkini yang berkaitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib yang bertanggungjawab di bawah bantuan ini.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://ecentral.my/bantuan-khas-aidilfitri-penjawat-awam/.