SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 MEI 2024 : CHECK SEKARANG
Tarikh pengkreditan bantuan tunai RM100 ke dalam Mykad bagi bulan Mei telahpun diumumkan. Seramai 700 ribu penerima akan menerima manfaat bantuan tunai di dalam Mykad untuk membeli barangan keperluan asas dan pembayaran hanya perlu menggunakan Mykad sahaja di mana-mana kedai seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad RM100 bulan Mei? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RM1200 : DAFTAR SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 MEI 2024
Pengkreditan bantuan tunai RM100 ke dalam Mykad penerima bagi bulan Mei adalah seperti berikut :
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 |
---|
Bermula 1 Mei 2024 (Rabu) secara berperingkat |
LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 MEI 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan tunai dalam Mykad seperti langkah-langkah berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 MEI 2024
Penerima yang disahkan layak menerima bantuan RM100 dalam Mykad bagi bulan Mei akan menerima makluman seperti berikut :
- Surat Pemakluman :
- Sesetengah penerima akan menerima surat pengesahan kelayakan penerima bantuan tunai dalam Mykad mengikut alamat yang didaftarkan.
- Pesanan Ringkas SMS / Aplikasi WhatsApp :
- Teks pesanan ringkas SMS / WhatsApp akan dihantar kepada nombor telefon penerima yang didaftarkan.
- Semakan melalui laman rasmi :
- Sekiranya tidak menerima apa-apa pemakluman, pemohon boleh membuat semakan di laman rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 MEI 2024
Ikuti cara semakan bantuan tunai RM100 dalam Mykad seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan bantuan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad (MySara). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.