SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Penerima yang layak akan menerima RM1,200 secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) untuk membeli barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH RASMI BAYARAN STR FASA 1 2024 : SEMAK SEKARANG
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Jika sebelum ini jumlah penerima bantuan MyKad ini hanya 210,000 namun bagi tahun 2024, jumlah penerima telah dinaikkan seperti jadual berikut :
PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Penerima Miskin Tegar | 0.2j |
Penerima Miskin | 0.5j |
Jumlah | 0.7j penerima |
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Bantuan RM1,200 akan dikreditkan secara ansur setiap bulan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan seperti berikut :
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD RM1200 |
---|
Setiap bulan bermula bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2024 |
PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM1200
Berikut merupakan prosedur / langkah pembelian menggunakan bantuan MyKad seperti di bawah :
BIL. | PROSEDUR PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD |
---|---|
1. | Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN eKASIH. |
2. | Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut. |
3. | Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan. |
4. | Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan. |
5. | Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian. |
6. | Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki. |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN BANTUAN MYKAD |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Kemudian, klik pada SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/ Semoga bermanfaat, terima kasih.