SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Diperkenalkan sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera dan mula dilaksanakan sejak tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan peruntukan RM108 juta dan setiap penerima mendapat RM3,600 setahun khas untuk menampung perbelanjaan keperluan asas RM300 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD B40 : SEMAK STATUS SEKARANG
OBJEKTIF PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM300 SETIAP BULAN
Setiap bulan bantuan disalurkan sebanyak RM300 adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup rakyat lebih terjamin serta kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM300 SETIAP BULAN 2024
Penyaluran bantuan RM300 setiap bulan bukanlah melalui MyKad penerima, namun ia disalurkan melalui aplikasi mudah alih iaitu e-dompet SELANGKAH. Melalui penyaluran aplikasi tersebut, ia dapat diakses oleh penerima dengan mudah serta dapat digunakan dengan selamat dan cekap.
HAD PENYALURAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024
Bermula pada bulan Jun, bantuan kewangan yang dikreditkan adalah sebanyak RM300 setiap bulan dan baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke hadapan bulan seterusnya, akan tetapi had penyaluran bantuan adalah sehingga RM600 sahaja sekiranya tidak digunakan.
MANFAAT-MANFAAT BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat daripada bantuan yang disalurkan RM300 setiap bulan ini :
- Boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai;
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
- Baki bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya; dan
- Bantuan akan ditambah nilai RM300 setiap bulan secara automatik.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan sebanyak RM300 setiap bulan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon yang telah berdaftar dengan aplikasi e-dompet.
- Masukkan juga kata laluan yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan.
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Kehidupan Sejahtera. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/pengenalan.