SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan Mykasih fasa ke empat telah mula disalurkan kepada penerima. Bantuan Mykasih adalah merupakan bantuan yang disalurkan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 : CHECK SEKARANG
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024
Penerima terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu :
- Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak;
- Warga emas tiada pasangan dan tanggungan; dan
- Bujang / Bujang OKU / Balu / Duda / Janda yang tiada anak.
KADAR PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024
Setiap kategori penerima akan menerima kadar bantuan Mykasih yang berbeza bagi fasa ke empat seperti berikut :
ISI RUMAH BERKELUARGA | WARGA EMAS | BUJANG / BALU DUDA / JANDA |
---|---|---|
RM100 | RM100 | RM50 |
TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024
Agihan bantuan Mykasih fasa ke empat adalah seperti tarikh berikut :
TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024 |
---|
Bermula pada 1 April 2024 (Isnin) secara berperingkat. |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024
Pemberian bantuan Mykasih adalah terhad kepada yang menetapi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin / miskin tegar.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 4 2024
Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima bantuan Mykasih fasa 4, sila semak melalui portal rasmi Mykasih seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Bantuan Mykasih Fasa 4 | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari portal rasmi Mykasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status SARA’.
- Sila masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, tekan pada butang [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.