SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Terdapat pelbagai program bantuan yang disalurkan di bawah data eKasih kerana ia merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ekasih april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 4 : CHECK STATUS SEKARANG

KOMPONEN SISTEM EKASIH 2024

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh :

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online.
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan.
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

KADAR BANTUAN EKASIH APRIL 2024

Setiap penerima akan menerima kadar bantuan eKasih yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  1. Isi rumah berkeluarga akan menerima sebanyak RM100;
  2. Warga emas juga akan menerima RM100; manakala
  3. Kategori bujang pula akan menerima RM50 sahaja.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH APRIL 2024

Seperti yang telah diumumkan baru-baru ini, bantuan e-Kasih akan disalurkan kepada penerima bagi bulan April adalah bermula pada 1 April 2024 (Isnin) secara berperingkat mengikut kelayakan penerima. Bantuan ini disalurkan melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH APRIL 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan eKasih pada bulan April 2024 di pautan seperti di bawah berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Sila masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterusnya, tekan pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH APRIL 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment