SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Secara umumnya, Kerajaan telah memperuntukan Bantuan MyKasih kepada 8.7 juta rakyat Malaysia yang layak. Namun, untuk bantuan yang bernilai RM50 setiap bulan adalah khas kepada 0.7 juta rakyat Malaysia yang berstatus miskin dan miskin tegar.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih rm50 setiap bulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN : CHECK STATUS SEKARANG

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan MyKasih yang bernilai RM50 setiap bulan bagi tahun 2024 seperti jadual di bawah :

TARIKH
PENGKREDITAN
JUMLAH
BANTUAN
22/01/2024RM50
01/02/2024RM50
01/03/2024RM50
01/04/2024RM50
01/05/2024RM50
01/06/2024RM50
01/07/2024RM50
01/08/2024RM50
01/09/2024RM50
01/10/2024RM50
01/11/2024RM50
01/12/2024RM50

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN 2024

Bantuan MyKasih yang bernilai RM50 setiap bulan akan dikreditkan menerusi kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai yang berdaftar seluruh Malaysia mengikut kategori barangan yang diluluskan dan pembayaran dengan menggunakan MyKad sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN 2024

Pemberian Bantuan Mykasih yang bernilai RM50 setiap bulan adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak); dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Mykasih yang bernilai RM50 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila layari pautan semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan No.MyKad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment