SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Program MySara adalah sebuah bantuan yang disalurkan sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat Malaysia yang terkesan akan gelumang kos sara hidup yang semakin mencabar. Program ini bakal dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2024 dengan jumlah yang disalurkan sebanyak RM1,200.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mysara 1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 1200 : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 2024

Pemberian Bantuan MySara yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Berkeluarga (ada atau tiada anak) atau IbuBapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 2024

Berikut merupakan manfaat yang bakal diperoleh penerima daripa program Bantuan MySara :

  1. Bantuan akan dikreditkan secara automatik kepada penerima tanpa perlu membuat permohonan.
  2. Penerima boleh menggunakan Bantuan MySara untuk membeli 13 barangan keperluan asas yang diluluskan.
  3. Had pembelian adalah sebanyak RM1,200 setahun.
  4. Boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 2024

Berikut merupakan kategori penerima yang disahkan layak menerima Bantuan MySara bernilai RM1,200 bagi tahun 2024 :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN
Kategori Miskin Tegar :
Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal
Warga emas tiada pasangan
0.2 jutaRM1,200
Kategori Miskin :
Isi Rumah Berkeluarga / Ibubapa tunggal
Warga emas tiada pasangan
0.5 jutaRM1,200

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA 1200 2024

Semakan nama penerima perlu disemak melalui laman rasmi Bantuan Mysara seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN BANTUAN MYSARA
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pautan laman rasmi Bantuan MySara di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan MySara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment