SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Terdapat dua (2) kategori baharu yang diperkenalkan oleh e-Kasih iaitu Miskin dan Miskin Tegar yang merangkumi seramai 700,000 rakyat yang telah berdaftar dan disahkan layak menerima Bantuan e-Kasih bernilai RM1,200 sepanjang 2024 ini. Dengan adanya bantuan sebegini, Kerajaan yakin dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat terutamanya kategori tersebut.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ekasih 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 100 SETIAP BULAN DALAM IC : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EKASIH

E-Kasih adalah merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH 1200 2024

Pelaksanaan Bantuan e-Kasih bagi tahun 2024 adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti tarikh yang ditetapkan berikut :

  • Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
    • Pelaksanaan bermula pada 22 Januari 2024 (setiap bulan) sehingga 1 Disember 2024.
  • Penerima di negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Pelaksanaan bermula pada 19 Februari 2024 (dua kali setahun) dan pada 12 Ogos 2024.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH 1200 2024

Cara-cara pelaksanaan Bantuan e-Kasih juga berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

  • Seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia :
    • Pelaksanaan di Semenanjung Malaysia adalah secara tanpa tunai iaitu melalui akaun MyKad penerima terpilih khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
  • Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
    • Pelaksanaan di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan pula adalah sama seperti pelaksanaan STR iaitu diberikan secara tunai / melalui akaun bank yang telah didaftarkan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 1200 2024

Untuk semakan nama penerima perlu disemak melalui laman rasmi semakan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment