SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG

Kerajaan telah menaikkan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 1. Oleh itu, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mystr fasa 1? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN 300 MYKAD : SEMAK STATUS SEKARANG

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 1 2024

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

JUMLAH BANTUAN MYSTR FASA 1 2024

Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan MySTR mengikut jumlah yang ditetapkan bagi fasa 1 seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah :
TIADA ANAK1 – 2 ANAK3 – 4 ANAK5 KE ATAS
RM500RM500RM500RM500
  • Kategori Isi Rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
TIADA ANAK1 – 2 ANAK3 – 4 ANAK5 KE ATAS
RM100RM150RM250RM300
  • Kategori Warga Emas tiada pasangan :
JUMLAH BANTUAN MYSTR FASA 1
RM150
  • Kategori Bujang pendapatan bawah RM2,500 sebulan :
JUMLAH BANTUAN MYSTR FASA 1
RM100

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 1 2024

Kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan MySTR bagi fasa 1 2024 seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN MYSTR FASA 1
Tiada akaun bank29 Januari 2024
Ada akaun bank29 Januari 2024 hingga 02 Februari 2024

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR

Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan MySTR bagi tahun 2024 :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN MYSTR
Tiada akaun bankDiberikan secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Ada akaun bankDikreditkan ke dalam akaun bank
pemohon / pasangan yang didaftarkan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 1 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak Bantuan MySTR fasa 1 di Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ (Bahagian makluman terkini).

Leave a Comment