SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2024 : CHECK SEKARANG
Dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, Kerajaan telah memperuntukan lebih banyak bantuan terutamanya bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat. Lebih kurang 60% rakyat dewasa Malaysia akan menerima manfaat daripada Bantuan Rahmah.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rahmah? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM300 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN RAHMAH 2024
Bantuan Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tunai dan tanpa tunai kepada rakyat bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di Malaysia.
BERAPAKAH KADAR BAYARAN KEPADA PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2024
Kadar pembayaran Bantuan Rahmah adalah mengikut kelayakan kategori penerima seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Sumbangan Asas Rahmah :
- Kategori Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM1,000 (Tiada anak).
- RM1,500 (1-2 anak).
- RM2,000 (3-4 anak).
- RM2,500 (5 ke atas).
- Kategori Isi Rumah pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- RM500 (Tiada anak).
- RM750 (1-2 anak).
- RM1,000 (3-4 anak).
- RM1,250 (5 ke atas).
- Kategori Warga Emas tiada pasangan :
- RM650.
- Kategori Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM350.
- Kategori Isi Rumah pendapatan RM2,500 ke bawah :
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Kategori Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar di bawah data e-Kasih :
- RM1,200.
- Kategeori Warga Emas tiada pasangan di bawah data e-Kasih :
- RM1,200.
- Kategori Bujang / OKU di bawah data e-Kasih :
- RM600.
- Kategori Isi Rumah Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
- RM300.
- Kategori Warga Emas dan Bujang Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
- RM150.
- Kategori Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar di bawah data e-Kasih :
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH 2024
Tarikh pembayaran Bantuan Rahmah adalah secara berperingkat dan berfasa seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Fasa 1 : 29 Januari – 02 Februari 2024.
- Fasa 2 : April 2024.
- Fasa 3 : Ogos 2024.
- Fasa 4 : November 2024.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
- Setiap bulan bermula 22 Januari 2024 hingga 01 Disember 2024.
- Penerima di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
- Dua (2) kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2024
Untuk semakan Bantuan Rahmah, boleh disemak melalui antara dua (2) Portal Rasmi seperti berikut :
- Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
macam mana nak kemakini saya duda 6 anak tapi dapat str bujang