SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAMADHAN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bantuan Ramadhan adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulai dengan penuh kecukupan dan kesenangan.
Bagaimankah semakan nama penerima bantuan ramadhan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 3 : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN RAMADHAN 2024
Bantuan Ramadhan diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia terutamanya yang kurang kemampuan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang pastinya penuh cabaran oleh kerana berserta dengan persedian anak-anak untuk ke sekolah.
BERAPAKAH JUMLAH PENERIMAAN BANTUAN RAMADHAN 2024
Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan Ramadhan secara tunai atau menerusi akaun bank yang telah didaftarkan sebanyak RM500 secara sekaligus (one-off). untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dengan lapang hati.
BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RAMADHAN 2024
Penyalurkan Bantuan Ramadhan yang bernilai RM500 akan disalurkan kepada penerima bermula pada 27 Mac 2023 bersamaan 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat.
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAMADHAN 2024
Kelayakan penerima Bantuan Ramadhan adalah tertakluk kepada yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Beragama islam;
- Warganegara Malaysia;
- Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RAMADHAN 2024
Ikuti cara semakan penerima Bantuan Ramadhan yang layak seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MAIWP; atau klik pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
- Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
- Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
- Klik pada butang [Sign in].
- Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
- Talian MAIWP: 03-2639 9000
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.portalinfo.my/terkini-bantuan-awal-ramadhan-rm500-secara-one-off/.
Check kelayakan