SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi golongan dewasa termasuk golongan bujang, penyaluran bantuan ke dalam Mykad setiap bulan dengan nilai RM50 dapat sedikit sebanyak membantu. Penerima terbaru bantuan ini telah diluluskan oleh kerajaan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm50 setiap bulan mykad terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KERAJAAN TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU 2024

Bantuan RM50 setiap bulan dalam Mykad adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Status Bujang / Bujang OKU / Balu / Duda / Janda yang tiada anak;
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sebagai Kategori Bujang.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU 2024

Penerima yang disahkan layak akan menerima kelebihan daripada penyaluran bantuan ini seperti berikut :

  1. Golongan bujang yang layak akan menerima RM50 secara automatik setiap bulan;
  2. Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless);
  3. Boleh digunakan pada lebih 600 kedai yang berdaftar;
  4. Had bantuan antara RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun;
  5. Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya;
  6. Sah digunakan sehingga tempoh 31 Disember 2024.

SENARAI KEGUNAAN BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU 2024

Penerima bantuan dalam Mykad boleh digunakan untuk pembelian barangan berikut :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM50 SETIAP BULAN MYKAD TERBARU 2024

Ikuti cara semakan nama penerima terbaru yang layak menerima bantuan RM50 setiap bulan dalam Mykad :

  1. Sila layari portal rasmi Mykasih; atau klik di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (bantuan dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment