SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rumah kerajaan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PENDAFTARAN EKASIH : MOHON ONLINE SEKARANG

APA ITU BANTUAN RUMAH KERAJAAN

Bantuan Rumah Kerajaan ialah Rumah Mesra Rakyat bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan rumah kerajaan (Rumah Mesra Rakyat) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk); dan
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN 2024

Semakan boleh dibuat sekiranya pemohon telah membuat permohonan selama tempoh tiga (3) bulan. Berikut adalah cara semakan :

  1. Sila layari Portal Rasmi SPNB; atau klik pada pautan di sini : https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.
  2. Seterusnya, klik pada [Sistem RMR Online].
  3. Masukkan alamat e-mel yang anda telah daftar sebelum ini.
  4. Masukkan kata laluan dengan tepat.
  5. Klik [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik pada [Status Permohonan].
  7. Status semasa anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH KERAJAAN 2024

Sekiranya anda belum pernah memohon dan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, sila ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari http://rmr.spnbonline.com.my.
  2. Klik pada [PENDAFTARAN BARU] dan isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
  3. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel.
  4. Pergi ke LAMAN UTAMA. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  5. Isikan maklumat yang lengkap ke dalam sistem.
  6. Seterusnya, Klik [Selesai Pendaftaran Borang] dan [Cetak Borang].
  7. Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
  8. Selesai.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SPNB. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://spnb.com.my/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

  1. Assalamualaikum…sy ingin mendaftar ekasih kerana diisytihar muflis…skrg nk bekerja perlu akaun bank…sy patah bahu dan cacat 1 jari

    Reply

Leave a Comment