SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Demi membantu rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup, Kerajaan telah memperuntukan bantuan khas sara diri kepada golongan yang berpendapatan rendah. Bantuan yang bernilai RM1,200 mungkin dapat sedikit sebanyak membantu rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara diri RM1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 4 : SEMAK SEKARANG

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SARA DIRI RM1200 2024

Bantuan Sara Diri akan dilaksanakan berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

  1. Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
    • Akan menerima Bantuan Sara Diri setiap bulan secara tanpa tunai dikreditkan menerusi akaun kad pengenalan yang telah diaktifkan.
  2. Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
    • Akan menerima Bantuan Sara Diri dua kali setahun secara tunai / melalui akaun bank penerima.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA DIRI RM1200 2024

Setiap penerima akan menerima Bantuan Sara Diri berbeza mengikut tarikh seperti berikut :

  1. Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan RM50 / RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan bermula pada Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024.
  2. Penerima di negeri Sabah dan Sarawak :
    • Dikreditkan RM300 / RM600 dua kali setahun bermula 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM1200 2024

Kerajaan akan memaklumkan kepada penerima yang layak melalui cara seperti berikut :

  1. Surat Pemakluman :
    • Sesetengah penerima akan menerima surat pengesahan kelayakan penerima bantuan mengikut alamat yang didaftarkan.
  2. Pesanan Ringkas SMS / Aplikasi WhatsApp :
    • Kerajaan akan menghantar teks pesanan ringkas SMS / WhatsApp kepada nombor telefon penerima yang didaftarkan.
  3. Semakan melalui laman rasmi :

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA DIRI RM1200 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan di laman rasmi seperti di bawah :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN SARA DIRI
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan bantuan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment