SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Kerajaan terpanggil akan isu kos sara hidup yang dihadapi oleh segelintir rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang mana ia memerlukan bantuan. Oleh itu, Kerajaan menyediakan bantuan sara hidup yang disalurkan secara tunai kepada penerima yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup rm600? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024

Berikut merupakan tarikh penerimaan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM600 seperti jadual di bawah :

TARIKHJUMLAH
19/02/2024RM600 / RM300
12/08/2024RM600 / RM300

KADAR BANTUAN SARA HIDUP MENGIKUT KATEGORI PENERIMA 2024

Berikut merupakan kadar Bantuan Sara Hidup yang disalurkan mengikut kategori penerima bagi tahun 2024 :

KATEGORI PENERIMAKADAR
BANTUAN
Isi Rumah :
i. Berpasangan; atau
ii. IbuBapa Tunggal yang mempunyai anak.
RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
BujangRM600
*Akan disalurkan dua (2) kali setahun.

CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024

Penerima yang layak akan menerima Bantuan Sara Hidup dengan cara seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA PENERIMAAN
Ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam
akaun bank yang telah didaftarkan.
Tiada akaun bankDisalurkan secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN).

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024

Penerima adalah tertakluk kepada syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori :
    • Isi Rumah
    • Warga Emas
    • Bujang;
  • Beralamat di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024

Ikuti cara semakan penerima Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM600 pada pautan di bawah :

PAUTAN SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment