SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) adalah bersekali dengan bayaran fasa yang keempat (4) iaitu bermula pada awal bulan Disember 2024 khas untuk 8.7 juta nama-nama penerima yang telah disahkan layak.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara one off rm150 fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM300 FASA 4 : CHECK SEKARANG

BILANGAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024

Daripada 8.7 juta nama penerima Bantuan SARA, hanya seramai 4.5 juta sahaja nama yang telah disahkan layak untuk menerima Bantuan SARA yang berjumlah RM150 secara one-off (sekaligus) merangkumi peruntukan sehingga RM0.7 billion.

BILANGAN
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN
KADAR
PERUNTUKAN
4.5 jutaRM150RM0.7 billion

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150 2024

Seramai 4.5 juta penerima yang disahkan akan mula menerima Bantuan SARA bernilai RM150 secara one-off (sekaligus) bermula pada 9 Disember 2024, Isnin melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan berperingkat melalui akaun bank penerima.

JUMLAH
BANTUAN
TARIKH
PENERIMAAN
RM1509 Disember 2024, Isnin

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA bernilai RM150 secara one-off (sekaligus) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori bujang / warga emas (bujang);
  • Berstatus Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
  • Berumur 21 tahun dan keatas;
  • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024

Untuk mengetahui nama penerima Bantuan SARA yang bernilai RM150 secara one-off (sekaligus), ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] pada iklan makluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus’ bersama nilai ‘RM150’.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM150 FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment