SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 3.0 2025 : SEMAK JIKA TERPILIH ATAU TIDAK SECARA ONLINE

SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 3.0 2025 : SEMAK JIKA TERPILIH ATAU TIDAK SECARA ONLINE

Pembaharuan modul dan latihan yang akan dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sesi 3.0 tahun ini melibatkan empat (4) modul iaitu Fizikal, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti bertujuan memperkukuh jati diri generasi baharu di Malaysia.

Berikut adalah cara semakan pelatih PLKN online. Sila ikut panduan dan maklumat lanjutan di bawah.

BACA JUGA DI SINI : RAWATAN PERCUMA SEHINGGA RM5,000 : MOHON SEKARANG!

APA ITU PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan sejak Disember 2003, iaitu program yang membekalkan modul latihan fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti selama tiga bulan.

Ia pernah dihentikan selama setahun pada tahun 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula satu tahun kemudian.

Pada tahun 2016 sebagai PLKN 2.0, pinggan tersebut hanya kira-kira 20,000 setahun. Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara dan Biro Tatanegara secara mengejut.

Dan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet kerana mendapati PLKN dan BTN telah semakin disalah guna bagi tujuan indoktrinasi beberapa fahaman tertentu dan program ini melibatkan kos.

MODUL PLKN 3.0

Antara program PLKN yang terbaru adalah meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti :

  1. Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
  2. Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
  3. Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

PENGLIBATAN PLKN 3.0

Individu yang akan terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 adalah mengikut fasa-fasa pelaksanaan seperti berikut :

  1. Fasa Latihan Pra PLKN :
    • Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.
  2. Fasa Latihan Asas PLKN :
    • Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
    • Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30% dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70% yang bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
  3. Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
    • Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedan dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
    • Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang lahir pada 2007 sahaja akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dan had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga 35 tahun sahaja.

LOKASI PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut siri-siri berikut :

  1. SIRI 1 :
    • Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
    • Tarikh : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.
  2. SIRI 2 :
    • Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
    • Tarikh : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025.
  3. SIRI 3 :
    • Lokasi : Kem Rejimen 515 Askar wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang.
    • Tarikh : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025.

SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN

Ikuti panduan semakan kelayakan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Pelatih PLKN di sini:
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  3. Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  7. Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :
QR PLKN 3.0

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.

Leave a Comment