SEMAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Dengan nilai bantuan RM100 ini mungkin dapat sedikit sebanyak membantu golongan B40 yang berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan separuh daripada keperluan asas setiap bulan. Ini adalah kerana, Kerajaan prihatin terhadap rakyat yang terkesan oleh kenaikkan kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan b40 rm100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD APRIL : CHECK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN B40 RM100

Bantuan B40 ini adalah merupakan bantuan khas disalurkan kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah yang terkesan akan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) kepada penerima untuk membeli barangan keperluan asas.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima B40 untuk menerima bantuan RM100 bagi bulan April :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500;
  • Beralamat dan menetap di Semenanjung Malaysia; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

TARIKH SERTA KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN B40 RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan tarikh serta kaedah pelaksanaan bantuan B40 bagi bulan April 2024 :

TARIKH PELAKSANAANKAEDAH PELAKSANAAN
Bermula 1 April 2024 (Isnin)Akan dikreditkan ke dalam
Kad Pengenalan penerima

MANFAAT PENERIMA BANTUAN B40 RM100 2024

Golongan B40 yang layak menerima bantuan ini akan menerima manfaat seperti berikut :

  1. Pengkreditan secara automatik tanpa permohonan;
  2. Dikreditkan setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan;
  3. Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas;
  4. Bayaran hanya secara tanpa tunai (cashless).

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN B40 RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan RM100 pada bulan April 2024 seperti berikut :

  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan B40 (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment