SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR RM600 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR RM600 2024 : CHECK SEKARANG

Lebih 8.5 juta rakyat dewasa Malaysia (isi rumah, warga emas dan bujang) yang layak menerima Bantuan Tunai MySTR, namun hanya sebahagian daripada bilangan penerima tersebut yang layak menerima Bantuan Tunai Tambahan MySTR.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan tunai tambahan mystr rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI RM1800 : CHECK SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR 2024

Berikut merupakan bilangan penerima Bantuan Tunai MySTR dan bilangan penerima Bantuan Tambahan MySTR bagi tahun 2024 :

BILANGAN PENERIMA
BANTUAN TUNAI MYSTR
BILANGAN PENERIMA
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN MYSTR
8.5 juta0.7 juta
*Nota : Jadual di atas adalah bilangan yang terbaru bagi fasa ketiga merangkumi golongan isi rumah, bujang dan warga emas.

JUMLAH BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR 2024

Setiap kategori penerima Bantuan Tunai MySTR akan menerima jumlah Bantuan Tunai Tambahan yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BANTUAN
TUNAI MYSTR
(RM)
JUMLAH BANTUAN
TUNAI
TAMBAHAN MYSTR
(RM)
ISI RUMAH1,000 hingga 2,500
(Bergantung bilangan anak)
+1,200
WARGA EMAS600+1,200
BUJANG350+600
*Nota : Jumlah di atas adalah penyaluran untuk setahun.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR 2024

Penyaluran Bantuan Tunai MySTR adalah secara berperingkat mengikut empat fasa dan penyaluran Bantuan Tunai Tambahan MySTR pula adalah secara ansur sepanjang tahun mengikut jadual berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH PENYALURAN
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
22/01/2024 hingga 01/12/2024
(setiap bulan)
Perlis, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor
29/01/2024 hingga 01/12/2024
(setiap bulan)
Sabah, Sarawak dan Labuan19/02/2024 dan 12/08/2024
(dua kali setahun)

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN MYSTR RM600 2024

Ikuti cara semakan penerima Bantuan Tunai Tambahan MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Tambahan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Leave a Comment