SEMAKAN SAMAN POLIS : CARA CEK DAN BAYAR SAMAN ONLINE

SEMAKAN SAMAN POLIS : CARA CEK DAN BAYAR SAMAN ONLINE

Sekarang, semakan saman polis tidak lagi memerlukan anda pergi ke balai polis trafik. Dengan kemajuan teknologi, anda boleh menyemak dan membayar saman polis secara dalam talian menggunakan pelbagai platform yang disediakan. Artikel ini akan membimbing anda melalui cara-cara semakan saman polis dengan mudah serta langkah-langkah untuk membuat pembayaran secara online.

Baca Juga : SEMAKAN BANTUAN MyKASIH MYKAD (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)

KENAPA PERLU SEMAK POLIS?

Semakan saman polis penting untuk memastikan anda tidak terlepas daripada membayar saman yang dikenakan. Tindakan ini bukan sahaja membantu anda mengelakkan denda tambahan, tetapi juga memastikan rekod pemanduan anda bersih. Jika saman tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan seperti pembekuan lesen memandu atau sekatan pembaharuan cukai jalan boleh diambil.

CARA SEMAK SAMAN POLIS SECARA ONLINE

Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan saman polis secara online. Antara kaedah yang paling popular adalah melalui MyBayar Saman, SMS, MyEG, dan aplikasi mudah alih.

Semakan Melalui Portal MyBayar Saman

MyBayar Saman ialah platform rasmi yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk semakan dan pembayaran saman. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan portal ini :

  • Layari portal https://mybayar.rmp.gov.my.
  • Daftar akaun jika anda belum mempunyai akaun.
  • Log masuk ke akaun anda.
  • Klik pada menu Semakan Saman untuk menyemak status saman anda.
  • Sekiranya ada saman, butiran saman akan dipaparkan.
  • Anda boleh membuat pembayaran terus melalui portal ini.

SEMAK SAMAN POLIS MELALUI SMS

Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan internet, semakan saman juga boleh dilakukan melalui SMS. Berikut adalah format yang perlu dihantar :

  • Taip : POLISSAMAN [No Kad Pengenalan atau No Pendaftaran Kenderaan] Hantar ke : 15888 atau 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN 880101010101
  • Anda akan menerima balasan yang menyatakan butiran saman yang dikenakan, termasuk jumlah saman dan lokasi kesalahan.

SEMAKAN SAMAN POLIS MELALUI MyEG

MyEG adalah satu lagi platform yang memudahkan rakyat Malaysia menyemak saman polis. Berikut adalah langkah-langkah :

  • Layari portal myeg https://www.myeg.com.my.
  • Daftar akaun atau log masuk ke akaun sedia ada.
  • Pergi ke bahagian Semakan Saman Polis.
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan.
  • Keputusan semakan akan dipaparkan.

SEMAK SAMAN MELALUI APLIKASI

Selain portal, anda juga boleh menggunakan aplikasi MyBayar Saman, yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Aplikasi ini menawarkan kemudahan untuk membuat semakan dan pembayaran saman terus dari telefon pintar anda.

CARA BAYAR SAMAN POLIS SECARA ONLINE

Setelah anda membuat semakan saman, anda boleh membuat pembayaran secara terus melalui platform seperti MyBayar Saman, MyEG, atau aplikasi bank yang menyokong pembayaran saman.

Pembayaran Melalui Applikasi MyBayar Saman

  • Log masuk ke akaun MyBayar Saman anda.
  • Pergi ke bahagian Bayar Saman.Pilih saman yang ingin dibayar.
  • Pilih kaedah pembayaran seperti kad debit, kad kredit, atau e-wallet.
  • Selesaikan transaksi dan simpan resit sebagai bukti pembayaran.

DISKAUN SAMAN POLIS

Untuk menjimatkan kos, anda boleh memanfaatkan promosi diskaun saman yang ditawarkan oleh PDRM pada waktu tertentu, seperti Hari Raya atau Hari Kebangsaan. Semak pengumuman rasmi PDRM untuk mendapatkan maklumat terkini.

KELEBIHAN SEMAK DAN BAYAR SAMAN SECARA ONLINE

  • Mudah dan Cepat
    • Tidak perlu lagi menunggu lama di balai polis atau kaunter trafik. Semua boleh dilakukan di hujung jari.
    • Boleh Dibuat Bila-Bila Masa
    • Semakan dan pembayaran boleh dilakukan 24 jam sehari, tanpa mengira waktu pejabat.
  • Maklumat Tepat dan Terkini
    • Platform rasmi seperti MyBayar Saman memastikan anda menerima maklumat terkini mengenai saman anda.

KESIMPULAN

Semakan dan pembayaran saman polis kini lebih mudah dengan adanya pelbagai platform dalam talian seperti MyBayar Saman, MyEG, dan SMS. Dengan hanya beberapa langkah, anda boleh memastikan rekod pemanduan anda bersih dan mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru.

Leave a Comment