SEMAKAN SARA 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SARA 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Merujuk daripada belanjawan 2024, bantuan Sara yang disalurkan bagi tahun ini akan dinaikkan sehingga RM1,200 kepada 700,000 individu menjadikan ia lima kali ganda peruntukan berbanding tahun lepas iaitu hanya RM600 sahaja kepada 210,000 individu yang layak.

Bagaimanakah semakan sara 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MY KASIH CHECK STATUS BANTUAN TUNAI RM1200 : SEMAK SEKARANG

TARIKH BAYARAN SARA 1200 2024

Seperti yang telah diumumkan, setiap penerima akan menerima bantuan Sara seperti tarikh berikut :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Setiap bulan bermula 22 Januari 2024 sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.
  • Penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan :
    • Dua kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

KAEDAH BAYARAN SARA 1200 2024

Setiap penerima akan menerima Bantuan Sara berbeza mengikut negeri penerima seperti kaedah berikut :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Akan dikreditkan menerusi kad pengenalan diri penerima khas untuk digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang berdaftar dengan bantuan setiap bulan.
  • Penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan :
    • Akan dikreditkan ke dalam akaun bank atau bagi yang tidak mempunyai akaun bank akan disalurkan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SENARAI PENERIMA SARA 1200 2024

Berikut merupakan senarai penerima yang layak menerima bantuan Sara yang bernilai RM1,200 bagi tahun 2024 :

  • Isi Rumah yang berpasangan atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dan berdaftar di bawah e-Kasih sebagai golongan Miskin / Miskin Tegar; dan
  • Warga Emas tiada pasangan yang berdaftar di bawah e-Kasih sebagai golongan Miskin / Miskin Tegar.

SEMAKAN SARA 1200 2024

Untuk semakan, terdapat dua (2) laman yang boleh digunakan untuk membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan Sara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “SEMAKAN SARA 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment