SEMAKAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SARA 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Lebih ramai rakyat Malaysia yang bakal menerima manfaat menerusi Bantuan Sara yang bernilai RM1,200. Peruntukan sehingga lima kali ganda berbanding tahun lepas iaitu hanya seramai 210,000 penerima dan pada tahun ini akan disalurkan kepada seramai 700,000 penerima.

Bagaimanakah semakan sara? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SKIM BANTUAN KANAK KANAK : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN SARA

SARA adalah singkatan daripada Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan sehingga RM1,200 kepada penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar menurut data daripada eKasih dan JKM.

KELAYAKAN SARA 2024

Pemberian Bantuan SARA adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

KAEDAH PENGKREDITKAN SARA 2024

Adalah berbeza kaedah pengkreditkan mengikut alamat penerima seperti berikut :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam Mykad penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional dua kali setahun.

KADAR PENGKREDITAN

Berikut merupakan kadar pengkreditan mengikut alamat penerima :

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Isi Rumah & Warga Emas berstatus Miskin & Miskin Tegar RM1,200 : Dikreditkan RM100 setiap bulan;
    • Bujang berstatus Miskin & Miskin Tegar RM600 : Dikreditkan RM50 setiap bulan.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • Isi Rumah & Warga Emas berstatus Miskin & Miskin Tegar RM1,200 : Dikreditkan RM600 dua kali setahun.
    • Bujang berstatus Miskin & Miskin Tegar RM600 : Dikreditkan RM300 dua kali setahun.

TARIKH PENGKREDITKAN SARA 2024

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
    • Bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
    • 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

SEMAKAN SARA 2024

Ikuti cara semakan SARA di Portal Rasmi seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN SARA
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan Semakan Status Sara di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment