SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG

Kini musim tengkujuh telahpun tiba dan rakyat yang berada di kawasan terlibat pastinya perlu membuat persiapan bekalan yang mengcukupi. Oleh itu, Bantuan Musim Tengkujuh akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peningkatan amaun bantuan bernilai sehingga RM800 bagi membantu rakyat yang terjejas pendapatan.

Bagaimanakah semakan status bantuan musim tengkujuh rm800 terbaru? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYSARA : MOHON SEKARANG

APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan sebuah bantuan di bawah RISDA yang disalurkan pada musim tengkujuh bagi membantu rakyat yang memiliki kebun getah atau tanaman lain yang berdaftar di bawah RISDA yang berada di kawasan terjejas pada musim tengkujuh.

BERAPAKAH AMAUN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH TERBARU 2024

Pada tahun 2024 ini, kadar amaun Bantuan Musim Tengkujuh telah dinaikkan sehingga berjumlah RM800 kepada setiap individu yang layak berbanding tahun lalu hanya disalurkan sebanyak RM600 sahaja bagi setiap individu.

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024

Pihak RISDA akan membayar Bantuan Musim Tengkujuh kepada penerima yang layak secara ansur berperingkat melalui proses transaksi atas talian (Elektronic Fund Transfer (EFT)) terus ke akaun bank penerima yang aktif mengikut nombor akaun yang telah didaftarkan.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024

Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh yang bernilai RM800 akan dibayar secara ansur berperingkat selama empat (4) bulan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

  • November : RM200;
  • Disember : RM200;
  • Januari : RM200;
  • Februari : RM200.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU 2024

  1. Layari laman rasmi di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/permohonan-bmt.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan / ID.
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  6. Klik pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
  7. Bahagian maklumat pengguna akan dipaparkan.
  8. Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan].
  9. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi RISDA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.risda.gov.my/en/.

Leave a Comment