MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS CHECK (BANTUAN SARA RM1200)

MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS CHECK (BANTUAN SARA RM1200)

Pihak Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meneruskan lagi program Bantuan SARA di bawah MyKasih pada tahun 2025, kerana melihat kepada penerimaan yang lalu dapat membantu ramai rakyat yang memerlukan untuk menampung kos sara hidup.

Bagaimanakah mykasih semakan status bantuan sara rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800 TERBARU : CHECK PENERIMA SEKARANG

PENGENALAN MYKASIH 2025 (BANTUAN SARA)

Program Bantuan SARA adalah ditatakelola di bawah Yayasan MyKasih yang ditubuhkan oleh NGO tempatan Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

KADAR JUMLAH MYKASIH 2025 CHECK BANTUAN SARA

Individu yang merupakan penerima sedia ada akan menerima jumlah yang sama mengikut kadar kelayakan iaitu isi rumah dan warga emas akan menerima RM1,200, manakala individu bujang pula akan menerima RM600 pada tahun 2025.

Bagi penerima baharu pula akan menerima Bantuan SARA mengikut kadar kelayakan iaitu isi rumah akan menerima RM900 setahun dan warga emas pula akan menerima RM450 setahun.

KAEDAH PENYALURAN MYKASIH BANTUAN SARA

Lazimnya kaedah penyaluran MyKasih Bantuan SARA adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana mengikut negeri setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Akan disalurkan secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun kad pengenalan penerima.
  • Penerima di Sabah dan Sarawak :
    • Akan disalurkan secara ansur dua (2) kali setahun melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS CHECK

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment