SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH BELI BARANG DAPUR RM150 2024 : CHECK SEKARANG
Misi utama program Bantuan MyKasih yang diberikan adalah untuk memenuhi keperluan asas rakyat terutamanya untuk memenuhi keperluan barangan asas dapur setiap bulan khas untuk rakyat terdiri daripada golongan rentan yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan status bantuan mykasih beli barang dapur rm150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM900 TERBARU : CHECK SEKARANG
SENARAI BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN MYKASIH 2024
Antara barang dapur yang boleh dibeli dengan Bantuan MyKasih adalah :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
*Nota : Penerima Bantuan MyKasih hanya boleh memilih jenama yang disenarikan di atas sahaja.
HAD BANTUAN MYKASIH UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Kerajaan telah menghadkan Bantuan MyKasih untuk penerima membuat pembelian barang dapur mengikut amaun yang ditetapkan seperti berikut :
- Ketua Isi Rumah :
- RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Ahli Isi Rumah :
- RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
*Nota : Amaun di atas perlu dihabiskan sebelum tamat tempoh bantuan.
JADUAL PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH BELI BARANG DAPUR 2024
Berikut merupakan jadual penerimaan Bantuan MyKasih untuk beli barang dapur bagi sepanjang tahun ini :
TARIKH PENERIMAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Januari 2024 hingga Oktober 2024 | Telah diterima : Ketua Isi Rumah : RM1,000 Ahli Isi Rumah : RM500 |
November 2024 dan Disember 2024 | Bakal diterima : Ketua Isi Rumah : RM200 Ahli Isi Rumah : RM100 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH BELI BARANG DAPUR RM150 2024
Ikuti cara semakan status Bantuan MyKasih untuk beli barang dapur di pautan rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.