SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR FASA 2 2024 : CHECK PENERIMA SEKARANG
Antara fasa bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) yang dinantikan adalah fasa kedua yang mana Kerajaan menjanjikan untuk mengkreditkannya sebelum perayaan Aidilfitri dan janji tersebut telah ditunaikan bermula pada 3 April 2024 secara berperingkat.
Bagaimanakah semakan status bantuan mystr fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 APRIL : CHECK SEKARANG
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 2 2024
Penerima bantuan MySTR fasa kedua telah bertambah oleh kerana rayuan dan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun ini. Berikut merupakan jumlah penerima mengikut kategori :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.0 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 0.9 juta |
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan bawah RM5,000 | 1.2 juta |
Bujang Pendapatan bawah RM2,500 sebulan | 3.3 juta |
KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 2 2024
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BILANGAN ANAK/ KADAR BAYARAN | KADAR BAYARAN STR 2024 | KADAR BAYARAN FASA 1 | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|---|---|
Tiada Anak | RM1,000 | RM500 | RM150 |
1 – 2 Anak | RM1,500 | RM500 | RM300 |
3 – 4 Anak | RM2,000 | RM500 | RM500 |
5 ke atas | RM2,500 | RM500 | RM650 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BILANGAN ANAK/ KADAR BAYARAN | KADAR BAYARAN STR 2024 | KADAR BAYARAN FASA 1 | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|---|---|
Tiada Anak | RM500 | RM100 | RM100 |
1 – 2 Anak | RM750 | RM150 | RM200 |
3 – 4 Anak | RM1,000 | RM250 | RM250 |
5 ke atas | RM1,250 | RM300 | RM300 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
KADAR BAYARAN STR 2024 | KADAR BAYARAN FASA 1 | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 |
- Bujang Pendapatan bawah RM2,500 sebulan :
KADAR BAYARAN STR 2024 | KADAR BAYARAN FASA 1 | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|---|
RM350 | RM100 | RM100 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 2 2024
Bantuan MySTR fasa kedua akan dibayar kepada penerima mengikut kaedah seperti berikut :
- Dibayar terus ke dalam akaun bank pemohon / pasangan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR FASA 2 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan MySTR fasa kedua di pautan rasmi MySTR LHDNM berikut :
PUATAN RASMI SEMAKAN STATUS MySTR LHDNM |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan laman rasmi semakan status di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.