SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Manfaat inisiatif bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad dapat membantu rakyat dari golongan rentan yang terkesan akan kenaikkan harga barangan. Ia adalah kerana bantuan dalam Mykad dikreditkan RM100 setiap bulan untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status bantuan rm100 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : WWW MYKASIH COM MY SEMAKAN STATUS : CHECK SEKARANG
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Pengkreditan bantuan bernilai RM100 ke dalam Mykad adalah mengikut tarikh seperti berikut :
- 01/06/2024
- 01/07/2024
- 01/08/2024
- 01/09/2024
- 01/10/2024
- 01/11/2024
- 01/12/2024
SENARAI MANFAAT BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Berikut merupakan manfaat daripada bantuan dalam Mykad :
- Penerima boleh menggunakan untuk membeli barangan keperluan asas di 600 kedai yang terpilih;
- Penerima boleh membeli barangan mengikut 13 kategori yang diluluskan;
- Pembelian adalah secara tanpa tunai (cashless) menggunakan mykad;
- Had pembelian sehingga RM600 (Jun hingga Disember 2024);
- Baki yang tidak dihabiskan akan dibawa ke bulan seterusnya;
- Sah sehingga 31 Disember 2024.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Hanyalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berumur 21 tahun ke atas;
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan bulanan di bawah RM2,500;
- Merupakan penerima STR 2024; dan
- Berada dalam pengkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 MYKAD 2024
Ikuti semakan status penerima bantuan RM100 dalam Mykad seperti berikut :
- Sila layari pautan semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status kelayakan andaa akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.