SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG
Bermula 3 April 2024, Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua akan disalurkan kepada 8.4 juta penerima yang disahkan layak dan dijangka akan memanfaatkan 9 juta penerima sehingga fasa terakhir mengikut permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.
Bagaimanakah semakan status bantuan tunai rahmah fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 500 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Berikut merupakan senarai penerima bantuan tunai rahmah fasa kedua bagi tahun 2024 :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah : -Berkeluarga (ada atau tiada anak) -Ibubapa Tunggal (mempunyai anak). | 3.0 juta |
2. | Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 : -Berkeluarga (ada atau tiada anak) -Ibubapa Tunggal (mempunyai anak). | 0.9 juta |
3. | Warga Emas Tiada Pasangan berpendapatan RM5,000 ke bawah | 1.2 juta |
4. | Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak berpendapatan bawah RM2,500 sebulan | 3.3 juta |
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Setiap penerima akan menerima jumlah pengkreditan yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah : -Berkeluarga (ada atau tiada anak) -Ibubapa Tunggal (mempunyai anak). | RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak) |
2. | Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 : -Berkeluarga (ada atau tiada anak) -Ibubapa Tunggal (mempunyai anak). | RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak) |
3. | Warga Emas Tiada Pasangan berpendapatan RM5,000 ke bawah | RM150 |
4. | Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak berpendapatan bawah RM2,500 sebulan | RM100 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN | TARIKH |
---|---|---|
Mempunyai akaun bank | Disalurkan ke dalam akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan | 3 – 9 April 2024 |
Tidak mempunyai akaun bank | Disalurkan secara tunai di cawangan BSN | 3 April 2024 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024
Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan status Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua seperti berikut :
PAUTAN SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan portal rasmi MySTR LHDNM di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.