SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

Bermula 3 April 2024, Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua akan disalurkan kepada 8.4 juta penerima yang disahkan layak dan dijangka akan memanfaatkan 9 juta penerima sehingga fasa terakhir mengikut permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan status bantuan tunai rahmah fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 500 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Berikut merupakan senarai penerima bantuan tunai rahmah fasa kedua bagi tahun 2024 :

BIL.KATEGORI PENERIMABILANGAN
PENERIMA
1.Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
-Berkeluarga (ada atau tiada anak)
-Ibubapa Tunggal (mempunyai anak).
3.0 juta
2.Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
-Berkeluarga (ada atau tiada anak)
-Ibubapa Tunggal (mempunyai anak).
0.9 juta
3.Warga Emas Tiada Pasangan
berpendapatan RM5,000 ke bawah
1.2 juta
4.Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak
berpendapatan bawah RM2,500 sebulan
3.3 juta

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Setiap penerima akan menerima jumlah pengkreditan yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

BIL.KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
1.Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
-Berkeluarga (ada atau tiada anak)
-Ibubapa Tunggal (mempunyai anak).
RM150
hingga
RM650
(bergantung
bilangan anak)
2.Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
-Berkeluarga (ada atau tiada anak)
-Ibubapa Tunggal (mempunyai anak).
RM100
hingga
RM300
(bergantung
bilangan anak)
3.Warga Emas Tiada Pasangan
berpendapatan RM5,000 ke bawah
RM150
4.Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak
berpendapatan bawah RM2,500 sebulan
RM100

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua akan disalurkan mengikut kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURANTARIKH
Mempunyai akaun
bank
Disalurkan ke dalam akaun
bank pemohon / pasangan
yang telah didaftarkan
3 – 9 April 2024
Tidak mempunyai
akaun bank
Disalurkan secara tunai
di cawangan BSN
3 April 2024

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2024

Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan status Bantuan Tunai Rahmah fasa kedua seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN STATUS
BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment