SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RM600 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RM600 2024 : CHECK SEKARANG

Dengan memperbanyakan bantuan tunai dapat membantu meringankan bebanan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Oleh itu, bantuan tunai akan terus disalurkan sepanjang tahun 2024 termasuk bantuan yang bernilai RM600 ini.

Bagaimanakah semakan status bantuan tunai rm600? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 100 SEBULAN : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas;
  • Beralamat di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RM600 2024

Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan Tunai yang bernilai RM600 yang akan disalurkan kepada penerima seperti jadual di bawah :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
19.02.2024RM600
12.08.2024RM600
*Akan dibayar dua (2) kali setahun 2024.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RM600 2024

Cara pembayaran Bantuan Tunai yang bernilai RM600 adalah berbeza mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai
akaun bank
Dikreditkan terus ke dalam
akaun bank yang telah didaftarkan.
Penerima yang tidak
mempunyai akaun bank
Disalurkan secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RM600 2024

Ikuti cara semakan status Bantuan tunai yang bernilai RM600 di pautan seperti berikut :

PAUTAN SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan semakan status di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih Bantuan SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment