SEMAKAN STATUS MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG
Kerajaan telah menambahbaik sistem program bantuan di bawah MyKasih dengan meningkatkan kadar bantuan dan memperluaskan pemberian bantuan kepada lebih ramai penerima. Oleh itu, lebih ramai rakyat Malaysia yang akan menikmati manfaat daripada bantuan MyKasih bagi tahun 2024.
Bagaimanakah semakan status mykasih? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN KERAJAAN : CHECK SEKARANG
APA ITU MYKASIH 2024
Sebuah Yayasan Mykasih yang diperkenalkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean, pada tahun 2009 yang bertujuan untuk membantu golongan miskin di Malaysia dan kini telah mendapat sokongan dari Kerajaan Malaysia dengan melancarkan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan yang disalurkan sepanjang tahun 2024.
BILAKAH TARIKH PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH 2024
Penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan daripada MyKasih setiap bulan bermula pada 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024. Namun, penerima daripada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima dua tahun sekali iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.
BAGAIMANAKAH CARA PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2024
Cara pelaksanaan adalah berbeza setiap negeri yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu penerima daripada Semenanjung Malaysia akan dikreditkan tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas. Namun penerima daripada Sabah dan Sarawak akan diberikan secara tunai atau dikreditkan tunai ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2024
Jumlah bantuan yang disalurkan menerusi Mykasih adalah berbeza mengikut kelayakan penerima iaitu penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih akan menerima sebanyak RM1,200 dan RM600. Namun bagi penerima yang berstatus asas bukan miskin atau miskin tegar akan menerima RM300 dan RM150 sahaja.
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2024
Ikuti cara semakan status bantuan yang disalurkan menerusi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
- Laman hubungi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.