SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Sebulan sekali atau setiap bulan, penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan sebanyak RM100. Kerajaan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah dengan memberikan bantuan setiap bulan sebagai bantuan tambahan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan 100 sebulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MYKASIH BANTUAN : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH KREDIT BANTUAN 100 SEBULAN 2024

Pengkreditkan bantuan sebanyak RM100 sebulan adalah bermula pada 22 Januari 2024 dan setiap bulan 1 Februari, 1 Mac, 1 April, 1 Mei, 1 Jun, 1 Julai, 1 Ogos, 1 September, 1 Oktober, 1 November, dan pengkreditan akhir adalah pada 1 Disember 2024.

CARA KREDIT BANTUAN 100 SEBULAN 2024

Setiap bulan, penerima yang disahkan layak akan menerima bantuan sebanyak RM100 melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan yang dikhas untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di mana-mana kedai yang terpilih seluruh Semenanjung Malaysia.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN 100 SEBULAN 2024

Ikuti cara menggunakan Bantuan RM100 sebulan yang dikreditkan melalui kad pengenalan seperti berikut :

  1. Sila kunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan kad pengenalan dan masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

*Nota : Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN 2024

Ikuti cara-cara semakan status penerima bantuan bernilai RM100 sebulan seperti berikut :

  1. Sila pada pautan portal rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment