SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Penambahan jumlah bantuan tunai yang disalurkan ke dalam MyKad penerima bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM1,200, berbanding tahun lepas hanya disalurkan sebanyak RM600 sahaja. Ia menjadikan peruntukan untuk pemberian bantuan ini meningkat lima kali ganda.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan 1200 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA DAFTAR PADU UNTUK TERIMA BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA : MOHON SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Bantuan tunai bernilai RM1,200 dikreditkan ke dalam MyKad penerima telah mula disalurkan sejak tahun 2023 lagi dan Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian kepada lebih ramai penerima dengan jumlah yang dinaikkan. Bantuan ini adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai yang terpilih untuk pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad sahaja.

TARIKH KREDIT BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan RM1,200 adalah secara ansur setiap bulan sepanjang tempoh 12 bulan iaitu akan dikreditkan sebanyak RM100 setiap bulan ke dalam Mykad penerima bermula pada 22 Januari 2024 (setiap bulan lain pada 1 hari bulan) sehingga pengkreditan akhir pada 1 Disember 2024.

KEGUNAAN BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Bantuan ini disalurkan ke dalam MyKad penerima secara tanpa tunai (cashless) dan penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia (rujuk di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list)

Penerima tidak boleh membuat transaksi pengeluaran tunai daripada bantuan ini kerana ia dikreditkan ke dalam MyKad. Ia hanya sah untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut 13 kategori yang diluluskan sahaja.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Pemberian bantuan RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berkeluarga (ada atau tiada anak) atau Ibubapa tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

KAEDAH PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Berikut merupakan kaedah pemakluman kepada penerima yang disahkan layak menerima bantuan RM1,200 dalam MyKad :

  1. Surat makluman :
    • Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Sistem SMS :
    • Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
  3. Semakan terus melalui portal rasmi :

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan RM1,200 dalam MyKad bagi tahun 2024 di laman rasmi semakan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment