SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : CHECK SEKARANG

Penilaian positif yang diberikan oleh penerima sebelum ini adalah rata-rata menyatakan bahawa bantuan yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet dapat memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakannya. Justeru, Kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan ini kepada lebih ramai penerima terutamanya golongan B40.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ewallet b40 rm300? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet adalah mula diperkenalkan pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menamakannya sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan ini disalurkan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan dan pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan aplikasi e-Wallet sahaja.

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN EWALLET B4 RM300 2024

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM108 juta setahun khas untuk 30,000 penerima yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan setiap tahun. Bantuan ini dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet penerima adalah sebanyak RM300 setiap bulan.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Golongan B40 yang disahkan layak sebagai penerima, akan memperoleh kelebihan daripada bantuan ini seperti berikut :

  • Setiap bulan Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
  • Baki yang tidak dihabiskan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan keperluan asas.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Sekiranya pemohon telah membuat permohonan / pendaftaran bantuan ini, pemohon boleh membuat semakan status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan status di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment