SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bantuan Mykasih disalurkan tidak hanya terhad kepada golongan yang berkeluarga, namun ia turut disalurkan kepada golongan bujang. Dengan adanya Bantuan Mykasih, dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat berkeluarga mahupun bujang di Malaysia.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykasih 600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : CHECK SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH 600 2024
Pengkreditan Bantuan Mykasih adalah berbeza kepada penerima setiap negeri seperti tarikh berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia | Bermula 22 Januari 2024 (setiap bulan) sehingga 1 Disember 2024 |
Penerima di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan | Bermula 19 Februari 2024 (dua kali setahun) akhir 12 Ogos 2024 |
KAEDAH KREDIT BANTUAN MYKASIH 600 2024
Kaedah pengkreditan Bantuan Mykasih juga berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH KREDIT BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia | Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan khas untuk membeli barangan keperluan asas. |
Penerima di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / diberikan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKASIH 600 2024
Seperti yang telah diumumkan, Bantuan MyKasih bernilai RM600 akan dikreditkan mengikut jumlah yang ditetapkan setiap penerima :
NEGERI PENERIMA | JUMLAH KREDIT |
---|---|
Penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia | Dikreditkan RM50 setiap bulan selama tempoh 12 bulan. |
Penerima di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan | Dikreditkan RM300 dua kali setahun. |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; dan
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 600 2024
Semakan perlu dibuat melalui laman rasmi MyKasih seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Nama Penerima Bantuan Mykasih RM600 | https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pautan laman rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.