SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Penambahbaikan daripada Kerajaan dalam pemberian bantuan yang disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad rm100 sebulan? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KINI BOLEH DISEMAK : CHECK ONLINE SEKARANG
PENGENALAN
Bantuan MyKad RM100 sebulan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN
Pembayaran Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah seperti tarikh berikut :
ALAMAT PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 22 Januari 2024 (Isnin) |
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan | 19 Februari 2024 (Isnin) |
KADAR BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN
Setiap penerima yang dikenalpasti layak akan menerima bantuan mengikut kadar seperti berikut :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|---|
1. | Isi Rumah i. Kahwin ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM1,200 |
2. | Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,200 |
3. | Bujang | RM600 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024
Penyaluran bantuan yang bernilai RM100 sebulan ke dalam MyKad adalah mengikut alamat penerima seperti berikut :
PENERIMA SEMENANJUNG MALAYSIA | PENERIMA SABAH & SARAWAK |
---|---|
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan | Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. |
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024
Berikut merupakan jadual bayaran bantuan yang disalurkan kepada penerima seperti di bawah :
Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar) | Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar) | |
BULAN | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari 2024 | RM100 | RM50 |
Februari 2024 | RM100 | RM50 |
Mac 2024 | RM100 | RM50 |
April 2024 | RM100 | RM50 |
Mei 2024 | RM100 | RM50 |
Jun 2024 | RM100 | RM50 |
Julai 2024 | RM100 | RM50 |
Ogos 2024 | RM100 | RM50 |
September 2024 | RM100 | RM50 |
Oktober 2024 | RM100 | RM50 |
November 2024 | RM100 | RM50 |
Disember 2024 | RM100 | RM50 |
JUMLAH | RM1,200 | RM600 |
CARA PEMAKLUMAN PENERIMA BANTUAN
Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat; atau penerima boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan. Berikut merupakan cara pembelian :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEBULAN 2024
Ikuti cara semakan status penerima di Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.